Ahad, 17 April 2011

KoMen MeNgeNaI pEnGanTar PeNuliSan..^^..

Pada pendapat saya, Kelas Pengantar Penulisan (SBLM 1023) yang diajar oleh Encik Nasrol Hadi agar seronok. Encik Nasrol Hadi sangat baik. Dalam kelas hanya mempunyai tiga orang bangsa cina. Kami tiga selalu mempunyai banyak soalan dan selalu tidak faham atau tidak tahu menjawab soalan yang ditanya oleh Encik Nasrol tetapi Encik Nasrol tetap mengajar kami dengan sabar dan lemah-lembut.
Selain itu, dalam Kelas saya telah belajar banyak tentang penggunaan Bahasa Melayu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Nasrol Hadi Bin Ahmad Syukeri kerana mengajar kami dengan sabar dan telah mengajar saya dalam memperbaiki sistem penulisan saya yang teruk. Terima Kasih Encik Nasrol...^^...



    

Sabtu, 19 Mac 2011

Sajak - iBuKu..^^..

Ibu
Wajahmu yang bercahaya seperti bulan purnama
Kasih sayang mu harum umpama setanggi syurga

Ibu
Segala nasihatmu hampar padaku
Akan ku  ingat  sehingga ke akhir hayatku

Oh ibu kesayanganku
Semoga tuhan yang maha mulia sentiasa melindungi mu
Terima kasih atas segala yang diberi kepadaku


BAHASA FIGURATIF DALAM PENULISAN KREATIF
1) Personifikasi - Memberi sifat manusia kepada benda atau idea yang tidak hidup 
    contoh: Wajahmu yang bercahaya seperti bulan purnama


2) Simile - Merupakan perbandingan yang dilakukan secara eksplisit
    contoh: Kasih sayang mu harum umpama setanggi syurga


3) sinkof 
    contoh: segala nasihatmu hampar padaku
               mu - ibu
               ku - aku 

Ahad, 20 Februari 2011

Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?

Pada pendapat saya. kebanyakan bahan-bahan penulisan kini tidak mematuhi peraturan berbahasa. Mungkin mereka rasa terlalu mematuhi peraturan berbahasa akan menjadikan keadaan sangat serius dan menjauhkan jurang mereka dengan pembaca. Hal ini akan menyebabkan pembaca tidak suka membaca kerana terlalu membosankan jika membaca penulisan yang sangat serius dan membosankan. Untuk menarik hati pembaca untuk membaca penulisan mereka. Mereka terpaksa menggunakan bahasa yang lebih menarik dan kelakar seperti tiba-tiba campur bahasa inggeris atau bahasa hokkien dan lupakan tentang kepentingan mematuhi peraturan berbahasa.

Perlukan kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Pada pendapat saya, semua genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa terlalu mematuhi peraturan berbahasa akan mewujudkan jurang antara penulis. Saya tidak setuju dengan pendapat ini. Kerana penggunaan bahasa yang tidak tepat akan menyebabkan kita lupa tentang kepentingan penggunaan bahasa dan tidak ambil berat tentang kepentingannya. Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan kita. ia dapat menunjukkan identiti  dan status kita sebagai rakyat Malaysia. Jika kita tidak mempunyai asas yang baik dalam bahasa melayu. Kita akan diketawakan oleh rakyat negara lain. Oleh itu, saya rasa semua genra penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa.


 

Khamis, 17 Februari 2011

Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

   Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam aspek lisan dan tulisan. Peraturan diwujudkan untuk mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesejnya dengan lebih tepat dan menimbulkan makna kepada pembaca. Oleh itu, dalam aspek tulisan  aspek penggunaan bahasa yang teratur dengan memahami setiap aspek peraturan bahasa adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Dengan memahami peraturan berbahasa dalam menulis dapat mengelakkan kesalahan umum tatabahasa.
   Selain itu, peraturan berbahasa dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham pada maklumat atau mesej yang disalurkan melalui tulisan. Kewujudan peraturan berbahasa dapat menolong penulis menulis penulisan yang berformat serta penulisan yang kreatif. Peraturan dan prosedur penulisan dianggap penting supaya hasil tulisan itu dapat dipertanggngjawabkan.

   Gambar rajah diatas adalah contoh-contoh kesilapan yang dilakukan oleh penulis. Gambar rajah pertama: sepatutnya adalah derma darah tetapi penulis menulis derma dadah. Ini adalah kesalahan yang besar kerana darah dan dadah merupakan dua perkataan yang tidak sama maksud.
Gambar rajah kedua: sepatutnya selamat datang ke kedai makanan Mak-Yah Pattani tetapi penulis tulis selamat datang makanan ke kedai Mak-Yah Pattani.