Khamis, 17 Februari 2011

Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

   Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam aspek lisan dan tulisan. Peraturan diwujudkan untuk mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesejnya dengan lebih tepat dan menimbulkan makna kepada pembaca. Oleh itu, dalam aspek tulisan  aspek penggunaan bahasa yang teratur dengan memahami setiap aspek peraturan bahasa adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Dengan memahami peraturan berbahasa dalam menulis dapat mengelakkan kesalahan umum tatabahasa.
   Selain itu, peraturan berbahasa dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham pada maklumat atau mesej yang disalurkan melalui tulisan. Kewujudan peraturan berbahasa dapat menolong penulis menulis penulisan yang berformat serta penulisan yang kreatif. Peraturan dan prosedur penulisan dianggap penting supaya hasil tulisan itu dapat dipertanggngjawabkan.

   Gambar rajah diatas adalah contoh-contoh kesilapan yang dilakukan oleh penulis. Gambar rajah pertama: sepatutnya adalah derma darah tetapi penulis menulis derma dadah. Ini adalah kesalahan yang besar kerana darah dan dadah merupakan dua perkataan yang tidak sama maksud.
Gambar rajah kedua: sepatutnya selamat datang ke kedai makanan Mak-Yah Pattani tetapi penulis tulis selamat datang makanan ke kedai Mak-Yah Pattani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan